Selamat Datang Ke Rumah Penginapan Zariff.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan mahu pun asing yang ingin mendapatkan perkhidmatan tempat penginapan. Kedudukan Rumah Penginapan Zariff yang terletak di Taman Pagoh Jaya, Pagoh, Muar, Johor yang terletak 20 kilometer dari Bandar Muar dan 2 kilometer dari Exit Tol Pagoh amat sesuai dijadikan destinasi persinggahan yang selesa dan menarik.
Harga yang kami tawarkan adalah amat berpatutan dengan kemudahan yang disediakan. Kami menyediakan sebuah rumah persinggahan yang terdiri daripada 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ruang tamu yang luas di dalam rumah ini akan menjanjikan keselesaan seisi keluarga. Manakala ruang dapur yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk menyediakan makanan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan tempat penginapan yang penuh keselesaan untuk seisi keluarga anda, marilah berkunjung ke Rumah Penginapan Zariff. Kami menjanjikan keselesaan dan keseronokkan untuk percutian anda.